Boleh dibuka di mana2 cawangan ASNB yang berdekatan seperti pejabat pos & ejen2 sah ASNB macam entri yg saya share sblom ni.
Syarat Kelayakan :
1. Terbuka kepada semua rakyat yang berstatus bumiputera.
(mualaf, orang asli dan juga serani juga layak untuk membuka akaun ASB)
2. Had pelaburan ialah sehingga RM200,000 bersamaan 200,000 unit
3. Dokumen yang perlu dibawa:
- IC / Kad Pengenalan
- Deposit minima untuk pembukaan akaun adalah RM10.
4. Isi borang kat bawah ni. Borang boleh dapat dekat kaunter ajen ASNB.
Nota kaki :
Untuk makluman semua, sekarang ASB dah tak keluarkan buku. Sekarang ini buku pelaburan yang biru tu sudah dibatalkan penggunaannya mulai 28 Jun 2017. Kini perlaksaan segala urusan sekarang pakai kad pengenalan sahaja.
Kita akan mendapat salinan slip sahaja setelah urusniaga. Jadi, slip itu jangan dibuang, simpan untuk rujukan baki akaun kita.Tetapi, ASNB akan menghantar penyata tahunan secara elektronik melalui email. JIka tak sabar nak tunggu sampai setahun, boleh beritahu staff ASNB untuk mengeluarkan penyata terkini ataupun gunakan online portal myASNB.